Punca Sakit Belakang dan Penawarnya

   Pernahkah anda mengalami sakit belakang dan pinggang secara berlarutan? Anda tidak keseorangan kerana 60%-90% orang dewasa akan mengalaminya terutama sekali apabila usia telah menginjak 30 tahun dan ke atas. Jangan ambil mudah kerana sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.

    Sakit belakang juga menyerang wanita hamil. Jika anda mengalami sakit belakang, ini bukan akibat perubahan yang disebabkan oleh kehamilan ke atas postur anda. Ia lebih kepada bagaimana otot-otot anda terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan pada badan. Otot-otot di bahagian belakang, perut dan lantai pelvis direka untuk bergerak dan menyokong sendi-sendi pada bahagian belakang dan pelvis. Apabila uterus (rahim) anda membesar, tugas ini akan menjadi lebih sukar dan anda mungkin mengalami sakit belakang





Menurut Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong, sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:


  • Obesiti/Kegemukan
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
  • Osteoperosis
  • Scoliosis



Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang?

*Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur. Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

Adakah supplemen Shaklee yang boleh membantu?




Advanced Joint Health Tablet (AJHT): Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat 


1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

  OmegaGuard:Mengurangkan inflamasi sendi

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.

Ostematrix: Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.


Untuk tempahan vitamin anda:
WASSAP SET SENDI
Pn. Ani 019-6154956

www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment