credit
 Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP…..tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya..
SALAM SEMUA. NAK ANNOUNCE EUPHORIA JANUARY SALE!!
 
KALAU NAK TAHU KENA JOIN PAGE SAYA DI FACEBOOK
KLIK SINI-------->REDCOMELMALL.COM

Berminat?

1) PM saya di : Khairani Bahaudin (FACEBOOK)
2) SMS atau WhatsApp : 019 6154956
3) Email : admin@redcomelmall.com


INILAH EU FOUR PACK YANG MENJADI KEGILAAN KEGEMARAN RAMAI ^^. RAMAI YANG DAH MERASA DAN BERPUAS HATI DENGAN KHASIATNYA. ANDA TAK MAHU CUBA? YOU KNOW HOW TO ORDER RIGHT? ^^ HUBUNGI SAYA YA! TQVM FOR YOUR ENDLESS SUPPORT.
Salam.. dan Hi Semua.

Tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada kaum Cina, hopefully more prosperous year coming to you. Terima kasih juga pada fan baru REDCOMELMALL.COM yang semakin ramai di Facebook. Saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan info-info kesihatan agar memberikan manfaat untuk semua.

My lovely cousin yang comel Ain Rahman ada post pertanyaan di wall REDCOMELMALL

Ain Rahman ⋈
kak ani, vitamin utk tambah tenaga hilangkan mengantuk ada tak?

Jadi pelajar memang sangat stress dan meletihkan apatah lagi kalau kuliah di waktu petang, mesti energy level susah nak sustain sebab dah pekena nasi ayam dan fresh oren di food court dan lepas tu rasa ngantuk amat sangat masa lecture. [hihihi.. akak gurau je dik]

Ain Rahman ⋈ akak..ni serius ni..

Okey. ^^

Basicly Lecithin is VERY GOOD for you. Why?

Lecithin�choline�acethylcholine

Diantara biokimia utama yg diperlukan oleh otak ialah acethylcholine..
Ia diperlukan utk membolehkan otak berfungsi sehingga kita boleh berfikir,mempunyai ingatan,mampu berkonsentrasi dan mampu membuat hubungkait diantara bidang2 ilmu yg ada pd
kita.Ia juga diperlukan utk membolehkan system otak melakukan berbagai jenis tugas yg menentukan kita berdiri,berlari,makan, bercakap, tidur serta terlibat dalam penghadaman,metabolism, dan sebagainya.

Ia merupakan sejenis neurotransmitter yg terlibat di dalam penerimaan,penyimpanan dan
penghantaran maklumat otak kita.Jika bekalannya cukup,maka fungsi2 ini dapat dilakukan.Jika tidak fungsi- fungsi ini akan tergugat.


Diperingkat otak n sel2 kita, acethylcholine perlu dihasilkan dari bahan yg dipanggil choline.Choline ini amat mudah diperolehi daripada LECITHIN.Oleh itu ,digalakkan ibu bapa agar mereka n anak2 mereka mendapatkan cukup bekalan lecithin setiap hari.

Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans, dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin. Yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari Soybean.

Lecithin ni bukan setakat suplemen untuk mengurangkan inches di tubuh, malah sesuai bagi
mereka yang bergelar student (digabungkan dengan vitamin B Complex).

Selain daripada Lecithin, apa lagi vitamin-vitamin penting untuk mendapatkan otak yang cerdas dan bijak?

B Complex
Omega Guard
MealShake


Secara ringkas, kepentingan setiap vitamin ini ialah :

Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.


Mealshake – mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

B Complex – membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel.

Lecithin – kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.


Cadangan Vitamin

Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:

4 tahun ke bawah:— Mealshake & Omega Guard

Sekolah rendah:—- Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-V

Sekolah menengah:—- B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshake


Cadangan vitamin untuk dewasa:

Lelaki— set A atau Eu Four Pack add on Lecithin

Wanita— set B atau Eu Four Pack add on Lecithin


So, harap dapat membantu pelajar2 yang tak mahu mengantuk dalam kelas,lebih konsentrasi dan Insya Allah lulus flying colors.

p/s: Wah, Ain, mesti boleh maintain CGPA 4.0 pas ni tau kalau makan vitamin? ^^ Akak doakan
ye!

credit to : http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-untuk-otak-cerdas-dan-bijak/
Credit to: Wall Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung.



UNIKNYA SUSU IBU

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

* sentiasa segar (fresh)
* tersedia dalam suhu yang optimum
* tersedia steril
* tiada pencemaran
* tersedia bila-bila masa
* tiada tarikh luput
* species-specific
* susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
* mengandungi antibodi
* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
* mudah hadam
* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
* komposisinya berbeza mengikut umur bayi
* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)
Gambar ihsan En. Google^^


Saya paling risau bila Tufah demam. Yang lain tak berapa sangat sebab yang lain senang makan ubat bila tak sihat tapi kalau Tufah yang demam,  memang bercinta nak suruh makan ubat. Minggu lepas tiba-tiba je suhu badan dia jadi tinggi sebelum dia pergi sekolah. Saya ingatkan tak serius sangat jadi saya cuma beri dia ubat dan dia ke sekolah macam biasa. Tapi bila balik sekolah keadaan dia makin teruk. terbaring je , tak larat nak buat apa-apa. Dalam hati saya aduh, mesti teruk demam sebab dia dah lama tak demam, tapi kalau sekali dah demam memang high fever dan bukan demam suam-suam kuku ni. Memang betul sangkaan saya. Saya lap seluruh badan dia dan basahkan kepala dia supaya panas di kepala berkurang...

Kemudian  saya tanya dia,
"Tufah  nak hot chocolate tak?"
"Nak.." lemah je dia jawab.

Saya bancuh buatkan hot coklat atau nama lainnya Milo ^^ dan saya letak half sachet of Nutriferon.
Macam ni la rupa Nutriferon tu


So, Tufah abiskan hot chocolate dia dan berehat. Memang high fever sungguh, saya sentiasa basahkan kepala dia dengan tuala basah. Sambil tidurkan dia saya baca selawat Shifa biar cepat sembuh... Biasa la bila anak demam para ibu mesti tak lena tidur dibuatnya...saya selang sejam terjaga just to check on him. Saya jangkakan demam ni akan berlarutan 2-3 hari sebab high fever sangat. Kalau teruk sangat memang kena ambil antibiotik la jawapannya.

Hari ke-2
Tufah bangun, badan still panas tapi tak sepanas semalam. So, masa breakfast saya  buatkan dia hot chocolate, bancuhkan dengan Nutriferon. Makan breakfast macam biasa. Menjelang tengahari mamat ni dah berlari-lari sana sini dengan adik-adik dia. Amboi, happy betul kamu bila dah sihat ye? [Mama lagi happy ^_^] Yela, risau tau bila anak sakit. Tapi dia recover cepat sungguh, Alhamdulillah, selawat shifa and the Nutriferon really works. Yeay! Jadi semua rumah harus ada Nutriferon di rumah tau, bagus sangat. Nak bawa travel pun senang sebab dalam sachet comel2.

Mesti ramai tak tahu apa tu Nutriferon kan?

NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.Apa itu interferon? Basically ianya adalah sejenis hormon yg berfungsi sebagai perisai penting dlm sistem pertahanan badan terhadap virus2.Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan  

Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Siapa yang perlukan Nutriferon?
Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..



Saya dah jadikan Nutriferon sebagai first aid kit di rumah. Bila suami atau anak-anak mengadu tak berapa nak sihat saya akan berikan Nutriferon. Sebab saya sayang mereka dan berikan yang terbaik untuk mereka. Lagi bila saya jumpa info tentang bahaya painkiller di Facebook 

" Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda."


Errks...takmau la makan painkiller lepas ni !
SET PENYUSUAN IBU




SET FEMININ

SET RESDUNG/ALLERGY/ASTHMA/ECZEMA

SET IBU MENGANDUNG

SET PENURUNAN BERAT BADAN

SET KESIHATAN OPTIMUM


SET BERPANTANG/SET KEGUGURAN RAMBUT

SET KECANTIKAN KULIT/SET KESUBURAN


HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA TENTANG PENGAMBILAN SUPPLEMEN YANG BERSESUAIAN DENGAN KESIHATAN  ANDA. Khairani Bahaudin  019-6154956
Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.


Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.


Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif.


Ibu-ibu perlu:

* Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
* Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
* Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
* Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
* Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
* Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
* Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
* Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.

Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com
Salam semua...sudah hmpir 2 minggu sesi persekolahan bermula. Pastinya anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan untuk tadika dan tahun satu dah tak menangis dah bila mama dan abah hantar pada minggu kedua ini.^^ Anak-anak saya sendiri sudah 3 orang yang bersekolah, alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Mungkin ada teman-teman pernah baca artikel Anak Cerewet Makan yang ada saya buat. Iye, anak saya Faeiq yang sangat cerewet makan inilah yang pergi ke Darjah 1. Dia masih lagi dengan perangai cerewet makannya tu...[ haisshhh...pening mama ] tapi dulu sewaktu dia kecil, saya buntu tiap kali suruh makan satu apa pun dia tak mahu makan, dan dia sanggup minum susu sahaja kalau dia betul-betul lapar. Runsing kan?


Tapi sekarang saya jumpa pemakanan  lengkap yang cukup dengan vitamin dan zat-zat yang anak saya perlukan bila dia tak mahu makan. Pagi dia akan sarapan seperti biasa, Milo dengan biskut, kadang-kadang cereal dengan susu. Lepas makan dia akan makan Vitalea for Children sebiji. Di sebabkan dia tak mahu makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa, saya sentiasa pastikan ada sahaja kudapan untuk dia makan sebelum dia ke sekolah. Bila dah makan tengahari sebelum dia ke sekolah, saya akan bancuhkan susu bersama-sama dengan Mealshake.Sebenarnya dia tak suka kalau saya campurkan susu dia dengan elemen lain, tapi he can't tell the differences sebab Mealshakes ni sedap rasanya. Macam susu berperisa Vanilla.Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik. Saya pun suka minum. [Tu pasal Mealshakes di rumah ni cepat habis] Ia bukan sahaja beri tenaga berpanjangan dan rasa kenyang untuk Faeiq, malah banyak vitamin yang cukup lengkap untuk dia membesar dengan kuat. Jika anda masih mencari-cari vitamin untuk anak-anak, mahupun untuk diri sendiri [untuk mereka yang masih belajar, buat Master atau PHD] Boleh lah mencuba vitamin untuk Pelajar.


Cadangan Vitamin
Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:
4 tahun ke bawah: Mealshake & Omega Guard 
Sekolah rendah: Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-V
Sekolah menengah:B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshake
Cadangan vitamin untuk dewasa:
Lelaki set A atau Eu Four Pack add on Lecithin
Wanita set B atau Eu Four Pack add on Lecithin

Secara ringkas, kepentingan setiap vitamin ini ialah :

Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.
Mealshake – mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
B Complex – membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel.
Lecithin – kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.
Itu sahaja untuk hari ini.. Jangan lupa untuk join saya di Facebook untuk mengetahui update terkini di REDCOMELMALL.COM page. 

Untuk tempahan vitamin anda, hubungi saya di admin@redcomelmall.com ataupun sms/WhatsApp 019-6154956. TQVM.


Salam...pasti terusik hati bila setiap kali kawan-kawan atau saudara mara menerima cahaya mata baru. Sedangkan anda masih berdua dengan pasangan.Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes turut berpuncadari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.Ada beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi situasi tersebut.
 credit to :Sumber: Pa&Ma | Mommylya

Faktor Sukar Mendapat Cahaya Mata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada dua kitaran haid dalam sebulan atau satu kitaran haid dalam masa dua atau tiga bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama dan berserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca ketidaksuburan.
  • Lelaki pula mungkin mengalami masalah ketidaksuburan seandainya air mani terlalu cair.
  • Lelaki yang sihat biasanya tiada masalah dengan ereksi.
  • Tanda-tanda hormon lelaki pada tahap yang normal seperti berlakunya ereksi di waktu pagi walaupun tiada rangsangan, mempunyai bulu roma yang banyak dan perlu bercukur (janggut/misai) setiap hari.
Punca wanita tidak subur:
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain
     
    Namun apa yang lebih rumit apabila kita di sahkan sihat, (kedua-dua pasangan) namun sehingga sekarang masih belum mendapat cahaya mata. Boleh amalkan supplemen dari Shaklee yang di cadangkan.
  • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  • B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
Bagi yang ingin mencuba vitamin, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc. Zinc diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya.Amin
 
  •  
Salam dan Hi Semua...Addakah di antara anda yang sering menghidapi sakit kepala? Kadangkala bila terlampau stress atau berfikir seringkali ia menyerang...Mari kita baca artikel ini agar mendapat serba sedikit info tentang sakit kepala dan cara mengatasinya.



[credit to Mommy Lyna ~*]

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
SOALAN:
Mengapa ketika hamil ibu kerap mengalami kejang kaki, terutama di waktu malam?

Jawapan: Jantung, ginjal dan sistem peredaran darah bekerja kuat ketika hamil, di mana otot-otot yang menjadi tunjang kepada pertambahan berat badan turut menjadi tegang. Oleh yang demikian, adalah normal jika otot kaki yang kepenatan menjadi kejang, khususnya apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester kedua dan ketiga.

Terlalu banyak fosfor, kurang kalsium dan potasium dalam peredaran darah juga menjadi penyebab kekejangan. Selain itu, apabila kandungan makin membesar, saraf yang menghala pada kaki juga tertekan.

Credit: genkimomma

Pernahkah anda mengalami kekejangan kaki semasa hamil?

Sewaktu saya mengandung, selalu juga kena kejang kaki ni, suami saya yang kena bangun tengah
malam sebab saya menjerit^^. Kesian dia dan kesian saya. Situasi kejang kaki ini bukan sahaja berlaku pada ibu- ibu hamil sahaja, ia juga sering menyerang parents saya yang sudah berumur.

Tips merawat kaki kejang sewaktu hamil

Rendamkan kaki di dalam air suam yang dicampur dengan garam. Ia membantu melegakan kaki

Minum air secukupnya setiap hari.

Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan.

Pakai seluar panjang sewaktu tidur.

Bagi cara pencegahan pula :

Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama.

Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen kalsium magnesium sebagai supplemen sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.

Kejang otot

Wheezing(pernafasan berdehit)

Susah menelan

Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih

Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

Kekejangan atau kram otot

sukar/susah nak tidur

Perasaan berdebar2

Eczema-penyakit kulit

Rapuh kuku

Sakit Sendi

Tekanan darah tinggi

Gigi reput

Paras Kolestrol timggi

Kebas-kebas kaki dan tangan

Rheumatiod arthritis

Rickets

[Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan
magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.]
Malaysia sememangnya suatu tempat yang dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan. Sebut apa jenis makanan sekalipun kita pasti tahu di mana untuk mendapatkannya.  Sehingga ada yang mengatakan Malaysia ibarat syurga makanan. Begitu mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan lebih-lebih lagi apabila menghadiri rumah terbuka yang pastinya menyediakan pelbagai jenis makanan.

Limpahan makanan ini kadangkala membuatkan kita tidak dapat mengawal nafsu makan. Malah, tekak dan perut seolah-olah selalu 'meminta-minta' agar diisi walaupun baru seketika selepas kita menikmati hidangan yang lazat. Berikut dikongsikan skala kelaparan dan 5 tips supaya boleh mengawal kalori yang diambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.

Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong kita untuk makan dengan jumlah yang banyak.

Lapar: Kita sudah fikir apa makanan yang ingin dimakan selepas ini. Jika tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, kita mungkin akan masuk ke dalam tahap 'sangat lapar' seperti di atas.

Sederhana lapar: Perut akan mula berbunyi dan kita sudah memikirkan untuk mengisi perut yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk kita makan.

Senang hati: Kita berasa kenyang tetapi bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Kita rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.
Kenyang: Jika kita masih lagi makan pada waktu ini, kita telah makan di luar rasa lapar dan keperluan kita. Perut akan berasa penuh dan rasa makanan yang disuapkan ke mulut tidak lagi sesedap seperti suapan pertama.

Terlalu kenyang: Kita berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus.


5 tips supaya boleh mengawal kalori yang diambil
1. Sarapan
Kita perlu bersarapan makanan yang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi supaya berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi. Jika berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin kerana tidak bersarapan pagi. Oleh itu kita perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi.

2. Makan makanan rendah kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu kita mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya. Lebih elok sertakan buah-buahan ketika makan malam. Sebaiknya makan buah-buahan yang segar berbanding yang telah dikeringkan kerana kandungan air buah-buahan segar lebih tinggi dan akan berasa lebih kenyang walaupun nilai kalori  kedua-duanya sama.

3. Makan snek yang kaya dengan fiber

 Fiber boleh membantu kita berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan yang menyebabkan kita akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Malah, makanan yang mengandungi kandungan kalori yang rendah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung. Kita boleh cuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:

Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek kita. Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah
Cuba gantikan makanan yang kita selalu makan seperti nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh. Roti bun mentega bawang putih


4. Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian



Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka. Cuba ini: Sandwich tuna


5. Makan setiap 4 jam

Jika masih tidak dapat meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar kita, cuba setkan jam. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 hingga 5 jam selepas kita menikmati makanan yang seimbang. Jika kita menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan kita pada waktu itu. Tahap gula dalam darah dan tenaga akan sentiasa dalam keadaan stabil jika kita mengambil makanan pada waktu yang tetap.

Jika kita berasa lapar di antara waktu makan, makan snek 150 kalori boleh membantu kita untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Boleh juga mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh yang panjang.
TIPS KURUS: 10 Makanan bantu bakar lemak

Hari ni mode untuk entry kurus. Sebabnya cuti panjang hari tu makan banyak sangat, ada family event so kami buat barbeque..saya makan  sotong dgn lamb banyak ..huhu so saya cari infi kurus hari ni supaya dapat qada balik diet saya.[..boley gitu?] Saya jumpa info tentang food yang boleh bantu bakar lemak. Ini senarai panjangnyaa.

1. Epal
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.

2. Bawang putih

Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

3. Kacang soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).

4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon
 Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Bawang merah
 Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.


6. Tauge
Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.

7. Lobak merah
Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.

8. Tomato
Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

9. Oat
Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

10. Teh hijau
 Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
Ok, tujuan post ini dibuat adalah untuk highlightkan kenapa kita harus jaga BMI badan kita supaya stabil dan ideal. Gambar ini saya ambil dari internet [ credit]Imej menunjukkan scan badan [MRI slice kalau tak silap saya] antara 2 individu wanita, berat 113kg dan wanita yang mempunyai berat badan 54kg.


ok, so tak payah la saya nak cerita pasal faedah kurus- atau- bahaya gemuk sebab semua orang pun tahu tapi mahu tak mahu je. Cuma harapan saya, di penghujung entry ini anda akan mula memikirkan beberapa perkara tentang "memulakan penjagaan kesihatan" ataupun " buat tak peduli ajela dengan badan yang semakin 'comel' itu"

Perbandingan antara wanita 250 lbs dgn wanita 120 lbs

1.Lihat dari bahagian lutut ke kaki, wanita 250 lbs dibahagian buku lali agak bengkok, kerana beban berat badan yang di tampungnya sehari-hari. Ini mengakibatkan sakit di bahagian pergelangan kaki dan lebih teruk lagi jika individu tersebut mengidap penyakit gout.

2.Perhatikan tulang keting wanita 250 lbs yang nipis berbanding dengan Wanita 120 lbs. Pengambilan gizi yang tidak seimbang, seterusnya menjurus kepada kekurangan vitamin dan mineral yang lain seperti Vitamin D dan Kalsium mungkin menjadi faktor kepada keadaan ini.

3. Perhatikan lemak-lemak tebal yang membaluti organ-organ dalaman wanita 250lbs berbanding wanita 120 lbs.Lemak- lemak juga sangat tebal dibahagian bawah kulit.

4. Wanita overweight juga mempunyai usus dan perut yang lebih besar.

Saya bukanlah doktor pakar tapi apa yang kita lihat di atas cukup untuk memberitahu bahawa keadaan di atas bukan perkara yang harus kita pandang remeh. Menjadi orang yang OBESITI boleh membunuh, walaupun anda fikir anda sihat dan kuat.

Tenung, fikir dan buat sesuatu jika anda mengalami situasi yang sama dengan wanita 250 lbs ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Keputusan di tangan anda.