Mengapakah ramai ibu-ibu mengandung menjadikan ESP sebahagian daripada diet mereka? Ini kerana sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam air soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.
Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
Ibu mengandung memerlukan lebih nutrients dan zat dalam diet seharian demi kesihatan ibu dan anak yang dikandung. |
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.
Nilai Tambahan
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
- Hanya mengandungi protein unggul -itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
- Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
- Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
- Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
- Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.
Hubungi saya di 019-6154956 untuk konsultasi dan supplemen terbaik yang anda perlukan.