Resdung: Punca dan Rawatan







Asal usul perkataan Resdung ialah daripada dua perkataan 'resah hidung' yang telah disatukan menjadi Res-dung. 
Resdung merupakan keradangan yang berlaku pada selaput sinus yang menyebabkan mukus yang di hasilkan tidak dapat mengalirkan keluar, menyebabkan ianya tersumbat dengan mukus tersebut dan menjadi tempat tinggal kuman dan bakteria. 

Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang yang mengalaminya akan alah kepada pelbagai masalah persekitaran seperti debu, habuk, biji2 debunga, bau2 debunga, tumbuh-tumbuhan serta sesuatu jenis makanan.

Tahukah anda Resdung adalah antara penyebab utama masalah jerawat ? Jerawat adalah kesan sampingan daripada penyakit resdung,  ianya tumbuh akibat bakteria resdung yang terkumpul dalam mukus yang tersumbat, memang susah untuk sembuh dan ambil masa juga untuk sembuh jika pesakit resdung tidak menjalani menjalani rawatan.

Tanda-tanda penyakit resdung adalah

1. Mempunyi nafas berbau 
2. Selalu bersin
3. Muka selalu berjerawat
4. Kulit gatal-gatal
5. Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
6. Bernanah di telinga
7. Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganya


Adakah supplemen Shaklee boleh membantu pesakit resdung? YA 


Vitamin yang sesuai ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.

Mengapa?

Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang. Vitamin C memulihkan dan memastikan 300 proses metabolik yang berlaku dalam badan berfungsi dengan baik. 

B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Apabila resdung menyerang, ianya akan menyebabkan kesakitan yang amat di belakang muka, kepala. B complex yang besifat sebagai penenang semula jadi, akan mengurang kesakitan kepala ini secara beransur-ansur.

Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

TIPS! Jika resdung menyerang, ambil 2 biji alfalfa, hancurkan dan bancuh di dalam air panas untuk dibuat teh. Minum dan anda akan mendapati kesakitan akan berkurang, muka tidak lagi bengkak dan gatal. 

dengan amalan meminum teh alfalfa dan memakan supplemen alfalfa, penyakit resdung anda akan pulih. 


TIPS MENGURUSKAN RESDUNG.

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh mengambil supplement Shaklee untuk resdung SET G ( B complex, Vitamin C , Alfalfa ) Insya Allah membantu.

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

0 comments:

Post a Comment