Apa itu Ovarian Cyst?


Ovari adalah sumber utama hormon estrogen wanita dan progesteron Hormon-hormon ini melibatkan:

Cara dada dan rambut badan berkembang
Bentuk badan
Kitaran haid
Kehamilan

Jika berlaku ketidakstabilan hormon maka sistem akan terganggu dan menyebabkan kenaikan berat badan, haid tidak teratur, dan lebih teruk lagi ia juga merupakan punca ovarian cyst.

Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka yang didiagnosa mengalami ovarian cyst ketika mereka menjalani pemeriksaan ultrasound untuk menjalani pemeriksaan untuk masalah kesuburan yang mereka hadapi.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Jika saiznya terlalu besar, ia akan menjadi bahaya!

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika:

Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…

pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
pesakit adalah gadis remaja.
pesakit telah menopause.
menggunakan pil perancang kehamilan



Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan.

Antaranya ialah:

Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak menggangu kesuburan, antaranya:


Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...