Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil. Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.
1. Rempah ratus
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.
2. Daging Merah
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat
berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.
3. Produk Susu
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.
4. Kolin
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.
5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya.
6. Kafein
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.
7. Tembakau
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat.
Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada di tempat awam.
7 Makanan Penyebab Bau Badan
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
0 comments:
Post a Comment