"Saya ni nak kurus...macam mana ye?
Ala.. tak best la kalau tak dapat nasi lomak
Ha? tak boleh makan berat-berat waktu malam? Macam mana nak tido nyenyak?
Aduh..sedapnya tengok Big Apple Donut tu..
Aiskrim Magnum...aiskrim magnum..(Mengingau dalam tidur)"
Hihi ^^ berikut adalah dialog penggemar makanan sedap yang susah sangat nak kontrol selera makan apabila nampak makanan sedap. Orangnya tak lain dan tak bukan adalah saya. Tapi percaya atau tak, berat saya dah turun banyak sejak dari Raya Haji haritu..Raya haji 63.3kg. Hari ni berat saya dah turun ke 58 kg. Ha, berapa yang dah turun tu? 5.3 kg. emm tak boleh nak bangga lagi sebab saya target 50kg. Uish...jauh lagi perjalanan ku... Sekarang saya dah ada support group, kawan-kawan yang sama-sama nak langsing demi kesihatan.
Jadi setakat ni apa rutin saya ye? Saya makan macam biasa...tak pernah miss breakfast..tapi not heavy breakfast, no nasi lemak, no roti canai. no lontong okay... milo bancuh dengan ESP,
YUMMY! kadang-kadang cilok Milkshakes Faeiq..oowh thats double yummy! Tak pun kalau boring kellogs R. Buah mesti makan, Epal atau buah Lai pun sedap.. pukul sepuluh makan lagi...makan buah..Saya make sure perut saya tak lapar atau buat dia nyanyi lagu keroncong, sebab ia akan perlahankan metabolisme badan saya yang dah menurun sejak masuk umur 30 ni.. So tengahari makan macam biasa.. Saya ambil nasi tapi separuh aje, tak tambah. Sayur mesti, ikan atau ayam. Kurangkan daging merah. Petang pun makan, malam pun makan. Portion mesti kecil, mula-mula seksa, lama-lama dah biasa.:) Vitamin saya ambil Vitalea . Ini mesti supaya badan kuat dan metabolisme maintain especially saya menyusu baby Rayan tembam. Nanti mama sebok nak diet, tapi tak ambil multivitamin, Rayan pulak jadi cekeding...sian manja mama. Lagipun sungguhpun berdiet susu tak pernah kurang untuk Rayan, alhamdulillah, malahan bila menyusukan anak badan lebih cepat susut. ^^ . After lunch saya ambil Lecithin untuk serap lemak-lemak yang tersesat
dan untuk fiber saya ambil Alfalfa sbb senang penghadaman juga bertindak sebagai milk booster, untuk Rayan bambam.
Dan sini saya nak share senaman yang ladies boleh try di rumah, ( guys kalau nak cuba macam awkward la pulak haha) memang berpeluh-peluh dan yang paling susah nak menten adalah nak menten senyum dari mula bersenam sampai abis... Serius! ^^ cuba tau.. its fun and sexy.:)
So friends out there yg nak try set shape up Shaklee boleh contact Ani ye. admin@redcomelmall.com or sms/ whatsApp 0196154956. So, selamat berbelly dance.;)
dah download...:) Terima kasih ani.
ReplyDelete:)
ReplyDelete