Bahaya Mewarnakan Rambut.

Saya bukan anti orang yang suka warnakan rambut..Harap jangan ada yang salah faham ya? :) Saya juga seorang wanita, sangat sukakan kecantikan...memang suka pakai cantik, di rumah pun berbedak dan berminyak wangi lebih-lebih lagi kalau perfume tu suami yang belikan.. Jadi saya saya faham kenapa orang warnakan rambut,salah satu sebab untuk pastikan mahkota sentiasa hitam bersinar, sudah tentu nampak lebih cantik... mungkin nak tutup uban, ataupun memang suka tukar warna rambut, ikut selera masing-masing^^. Tapi ada yang saya nak kongsikan sesuatu di sini, saya jumpa artikel ini dari blog Dr Zubaidi, tentang bahaya mewarnakan rambut.


http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitarebah_komalepaswarnakanrambut/Article

LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup.

Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L’Oreal Preference yang dipakainya itu.

Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya, Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L’Oreal itu tetapi doktor yang merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L’Oreal menawarkan untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie.

Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah.

Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya.

Apa Pendapat Pakar Tentang Isu ini? [ Dr. Zubaidi]


Setelah dua kes yang hampir sama, kita sebagai pengguna di Malaysia harus menimbangkan kemudharatan pewarna rabut yang mengandungi bahan kimia PPD ini kerana ia menggunakan secara meluas sebagai pewarna rambut yang kekal.

Penggunaan PPD sebagai pewarna rambut digunakan secara meluas kerana ia akan menyebabkan rambut kelihatan seperti mempunyai warna semulajadi. Ia juga kekal pada rambut walaupun telah disyampu atau diluruskan atau dikerintingkan menggunakan haba.

“Bolehkah kita mengenal pasti pewrna yang digunakan mengandungi PPD?”

Secara logiknya, cara terbaik ialah dengan bertanyakan sendiri kepada pendandan rambut itu. Pendandan rambut yang jujur akan memberitahu kandungan pewarna rambut yang digunakan.
Selalunya pewarna rambut yang menggunakan PPD disediakan dalam pakej yang mengandungi dua botol, satu mengandungi pewrana PPD dan satu lagi pula mengandungi oxidizer.

PPD adalah cecair pewarna rambut yang mempunyai sifat tidak berwarna (colourless). PPD memerlukan oksigen yang dibekalkan oleh cecair oxidizer untuk menjadikannya berwarna.
Dalam proses pengoksidan ini, PPD berada dalam keadaan semi-oxidised, yang menjadikannya bahan
ini alergik pada sesetengah orang. PPD yang telah menjalani proses pengoksidaan lengkap tidak menjadikannya alergik. Oleh itu orang yang alergik juga tidak mengalami alahan apabila terkena pada bahan PPD yang telah dioksidakan sepenuhnya.

PPD juga mempunyai tahap keracunan tosik yang rendah dan ia amat stabil pada suhu yang tinggi.

“Kalau ia selamat, macam mana ia menyebabkan pengguna boleh pengsan dan mati?”

Walaupun penyerapan PPD biasanya melalui kulit, badan juga boleh menyerap PPD secara tidak sengaja melalui hidung, mata dan mulut. Bayangkan PPD yang meruap akibat dipanaskan ketika meluruskan rambut, akan dihidu oleh pengguna secara perlahan-lahan.

Bagi pengguna yang biasa mewarnakan rambut dan pekerja salun, boleh mengalami alahan secara perlahan-lahan terhadap PPD. Oleh itu mereka haruslah berhati-hati supaya tidak menyentuh bahan itu secara langsung, dan menghidunya. Mereka harus memakai sarung tangan dan penutup hidung bagi mencegah keracunan secara perlahan-lahan ini.

Saya percaya pengumpulan bahan PPD ini secara perlahan-lahan dalam tubuh akan menyebabkan tubuh mengalami alahan anaphylaxis yang boleh menyebabkan dirinya rebah dan koma.

“Kalau begitu, selamatlah kalau kita hanya menggunakan inai saja..”

Saya tersenyum. Ramai di antara kita tidak menyedari kebanyakan inai yang dijual secara komersial di pasaran juga ada yang dicampur dgn PPD. Campuran ini akan menjadikan warna inai menjadi lebih terang dan menarik, serya kelihatan semulajadi. Jadi berhati-hatilah menggunakan inai yang ada di pasaran.

Pewarna yang dibuat dari daun inai tidak memberikan alahan pada kulit.
Jika mengesyaki inai yang dibeli mengandungi PPD kerana mengalami alahan setelah menggunakannya, buangkan saja sebelum ia menjadi parah.

Jika seseorang telah mengalami alahan pada PPD, beliau akan mengalami penyakit alahan pada bahan PPD seumur hidupnya. Jika terdedah pada dos yang agar kuat, beliau boleh mengalami anaphylaxis.

Jadi berhati-hatilah menggunakan pewarna tiruan.

Wallahu a’lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah artikel yang saya kongsikan, di petik daripada blog Dr Zubaidi. Harap info ini dapat di manfaatkan supaya kita tak mendedahkan diri kita kepada bahaya bahan-bahan toksid yang boleh membunuh.




Supplemen ape yang  penting untuk membantu pertumbuhan rambut serta menguatkan kutikel rambut?

Basically,perlu konsisten mengambil :

vitalea (Multivitamin)-memenuhi keperluan 12 vitamin dan 7 galian 

Vitamin C -untuk memastikan sel dilindungi dari sebarang bentuk karsinogen serta memelihara sel rambut dari rapuh.

B complex memastikan agar rambut nampak terurus dan tidak kusam.

Zinc untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menguatkan lagi kutikel rambut

*Trial Pack Set C mengandungi 4 jenis vitamin ni

Mahukah tuan dan puan merasa kebaikan dan khasiat Vitamin Shaklee? Mulakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh mulai hari ini.Mereka yang berminat, boleh hubungi saya di [admin@redcomelmall.com] atau sms/whatsApp 0196154956 Pn Ani. Semua kemusyikilan tentang pengambilan vitamin yang sesuai dengan anda (dan pastinya sesuai dengan bugdet anda,) boleh dikongsi dengan saya. TQVM.

2 comments:

  1. kalau rambut dah mmg semulajadi hitam pastu nk pakai inai effect tak kt rmbut ? sbb ade org ckap kalau rambut dh semulajadi hitam bile kite wrnekan nnti cpat beruban . betul ke ?

    ReplyDelete