Pernahkah anda mengalami sakit belakang dan pinggang secara berlarutan? Anda tidak keseorangan kerana 60%-90% orang dewasa akan mengalaminya terutama sekali apabila usia telah menginjak 30 tahun dan ke atas. Jangan ambil mudah kerana sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.

    Sakit belakang juga menyerang wanita hamil. Jika anda mengalami sakit belakang, ini bukan akibat perubahan yang disebabkan oleh kehamilan ke atas postur anda. Ia lebih kepada bagaimana otot-otot anda terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan pada badan. Otot-otot di bahagian belakang, perut dan lantai pelvis direka untuk bergerak dan menyokong sendi-sendi pada bahagian belakang dan pelvis. Apabila uterus (rahim) anda membesar, tugas ini akan menjadi lebih sukar dan anda mungkin mengalami sakit belakang





Menurut Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong, sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:


  • Obesiti/Kegemukan
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
  • Osteoperosis
  • Scoliosis



Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang?

*Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur. Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

Adakah supplemen Shaklee yang boleh membantu?




Advanced Joint Health Tablet (AJHT): Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat 


1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

  OmegaGuard:Mengurangkan inflamasi sendi

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.

Ostematrix: Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.


Untuk tempahan vitamin anda:
WASSAP SET SENDI
Pn. Ani 019-6154956

www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com


Wajah muda dan tegang tidak akan berkekalan. Namun ada cara untuk mencegah kedutan agar prosesnya lebih perlahan.Kedutan wajah umumnya adalah disebabkan oleh usia, tekanan dan kulit kering. Kita perlu sentiasa menjaga kawasan sekitar mulut, mata, hidung dan leher dengan memastikan kawasan itu sentiasa lembap dan bersih. Ada beberapa petua yang oleh di ikuti agar kulit kita sentiasa cantik berseri.

Petua 1:
Ambil 1 sudu besar susu sejuk dan tambahkan 3-4 titik jus limau. Sapukan pes ini dengan baik keseluruh wajah sebelum tidur. Basuh keesokan harinya dengan air panas dan keringkan dengan tuala. Sekali lagi sapu dalam krim ini - ke arah yang bertentangan dengan kedutan. Tunggu selama ½ jam dan basuh, elakkan daripada menggunakan sabun.

Petua 2:
Gosok isi buah betik masak pada muka dan biarkan selama ½ jam sebelum membasuh.
Ia adalah toner yang sangat baik untuk kulit wajah kita.

Petua 3:
Sapu minyak badam pada wajah. Biarkan semalaman dan cuci dengan air suam keesokan harinya.

Petua 4:
Potong dan picit kapsul Vitamin-E Shaklee with grape seed extract, sapukan rata pada wajah anda. Cuci selepas 15 - 20 minit.

Petua 5:
Tambah ½ sudu kecil madu 1 sudu kecil serbuk beras. Sapu pada keseluruhan wajah dengan pes ini. Biarkan selama ½ jam dan basuh.

Petua 6:
Campurkan 1 sudu teh madu dengan 1 sudu teh krim susu.Sapukan di wajah dan cuci selepas 20 minit.

Nota: Rawatan untuk mencegah kedutan wajah ini perlu dilakukan setiap hari untuk tempoh 30 - 40 hari untuk mendapat keputusan yang boleh dilihat.






Susu pertama untuk bayi anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu setelah melahirkan dan mengandungi banyak immunoglobulin, rantai antimicrobial (lactoferrin dan lactoperoxidase) serta molekul bioaktif lain.Cairan kolostrum seperti susu, kental dan berwarna lebih kuning. Biasanya kolostrum sudah ada dihujung kehamilan sehingga hari ke-7 kelahiran bayi.

Kolostrum mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi kerana tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat sehebat ini.


MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING TERBAIK UNTUK BAYI

Penyusuan ibu memberikan kelebihan

*Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

*Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

*Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

*Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

*la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

*Susu ibu memberikan khasiat terbaik untuk bayi.

*Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.

*Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.

*Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

Bukankah ini yang terbaik untuk bayi kita? :-)


MENGAPA AMALAN PENYUSUAN SUSU IBU MEMBERI KEBAIKAN UNTUK IBU

Menyusu bayi dengan susu ibu juga balk untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya:


*Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.

*Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.

*la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

*la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

*Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sangat menjimatkan kos perbelanjaan kerana ianya percuma.

Bukankah ini menguntungkan anda?



Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. la mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Namun ada ibu-ibu yang risau apabila susu untuk si manja mula merudum. Ketahui punca-puncanya.

Pengaliran susu anda akan merudum kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :

1. Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang dia mahukan.
2. Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3. Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan merudum :
1. Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusukan bayi
2. Jika anda menghadapi stress atau tekanan emosi.

Penyelesaiannya -

1. Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2. Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3. Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4. Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran), atau ambil supplemen tambahan.
5. Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
6. Cuba tenangkan diri anda.


Tips dan Petua yang perlu di amalkan setelah mengambil Set Penyusuan Ibu Shaklee

1. Sentiasa melakukan sesi perahan yang konsisten. Sesi perahan yang kerap yang membantu meningkatkan penghasilan susuibu.

2. Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.

3. Zikir dan doa tambah susu ibu.

4. Menjaga pemakanan, pengambilan supplement akan memenuhi lompong kosong zat dalam tubuh badan. Badan ibu sentiasa cergas dan sihat walaupun menyusukan bayi.




Khasiat Vitamin E Shaklee yang patut anda tahu

Tahukah anda vitamin E Shaklee mengandungi silenium dan grape seed extract( ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol)
manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan silenium dan tiada Ekstrak biji anggur. Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Yang menarik tentang vitamin E ini adalah 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.


Antara kelebihan Vitamin E ialah :

1.Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.

2.Vitamin E ialah ANTI-PENUAAN – Vitamin E mengekalkan keremajaan kulit dengan melindungi kulit daripada kesan pancaran matahari, radiasi UV dan Ozon yang merupakan punca utama kedutan dan kesan jeragat hitam di wajah. Ia juga memudarkan parut dengan menjadikan masker. ( Pecahkan kapsul, dan sapukan Vitamin E di wajah) Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel.

3. Vitamin E baik untuk JANTUNG – Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung. Menghalang pembentukan darah beku.

4. Vitamin E meningkatkan kelelakian dan kesuburan

5. Vitamin E diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

6. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat period yang datang setiaap bulan.

7. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa kerana hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Pengambilan vitamin E membantu mengatasi masalah kedinginan dan menjadikan hubungan suami isteri lebih hangat.

8. Vitamin E meningkatkan sistem imun manusia dan menyelamatkan manusia daripada risiko penyakit kanser.

9. Vitamin E mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki.

10. Vitamin E is for E= Everyone










01

       Obesiti, Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya. Obesiti sangat membahayakan  kesihatan anda, jika mahu mengurangkan berat anda dengan cara semulajadi, saya ingin kongsikan 10 cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan yang boleh di lakukan di rumah.

salad300
Lebihkan sayuran

1) Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau adalah makanan kalori  rendah, jadi orang lebih berat perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan lebih kerap.

2) Untuk mengurangkan berat badan, harus mengelakkan pengambilan terlalu banyak garam. Garam boleh menjadi faktor peningkatan berat badan kerana lebihan garam akan menyebabkan water retention di dalam  badan kita

3) Produk susu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana ia kaya dengan lemak. Daging juga harus di kawal pengambilannya kerana daging sukar dihadam dan kegagalan menukarkan makanan ini menjadi tenaga akan menyebabkan ia menjadi lemak tepu yang menyumbang kepada kegemukan.

4) Rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan lain-lain  baik untuk mengurangkan  berat badan dan boleh digunakan dalam beberapa cara.

5) Sayur-sayuran seperti peria , dan pelbagai sayuran pahit sangat baik untuk mengurangkan berat badan.

6) Mengambil madu merupakan home remedy  yang sangat baik untuk obesiti. Ia menggerakkan  deposit lemak dalam badan dan meletakkan ia ke dalam peredaran darah , yang digunakan sebagai tenaga untuk fungsi normal. Mulakan dengan  kuantiti yang kecil kira-kira 10 GM dan perlu diambil dengan air panas. Ia adalah baik untuk diminum pada awal pagi. Satu sudu teh jus limau segar juga boleh ditambah ke dalam air madu tersebut.

7) Kubis dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk kehilangan berat badan  kerana sayuran ini menghalang penukaran gula dan karbohidrat lain menjadi lemak. Oleh itu, ia adalah nilai yang besar dalam pengurangan berat badan. Ia boleh dimakan secara  mentah atau dimasak terlebih dahulu

8) Senaman adalah satu bahagian penting dalam pelan pengurangan berat badan. Ia membantu untuk membakar kalori yang disimpan dalam badan sebagai lemak. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan  otot-otot badan. Berjalan adalah senaman yang terbaik  untuk permulaan  dan boleh diikuti dengan berjongging, berenang,atau berbasikal.

9) Jus Lemon adalah baik untuk mengurangkan berat badan. Jus limau dicampur dalam segelas air suam dan manis dengan madu harus diambil setiap pagi ketika perut kosong.

10) Ukur porsi makanan anda setiap kali makan dan pastikan ianya diambil dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Sebagai contoh satu bahagian nasi  tidak boleh lebih daripada kuantiti yang boleh dimuatkan di dalam genggaman anda. Makanan yang lebih kecil di selang tetap 4 hingga 5 jam akan menjaga metabolisme anda tinggi dan menghalang tubuh anda daripada menukar makanan yang anda makan menjadi lemak. Anda juga perlu termasuk senaman dalam rutin harian anda untuk membantu meningkatkan pengurangan berat badan.

Risiko kesihatan Akibat Obesiti

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus
       Alhamdulillah, ramai yang bertanya bagaimana caranya untuk daftar sebagai ahli Shaklee. Ramai yang mahu daftar ahli Shaklee dan menyertai rangkaian kami di Euphoria tapi tak mengetahui bagaimana caranya. Jadi di sini saya terangkan bagaimana caranya anda boleh daftar sebagai ahli Shaklee dan jadi sebahagian daripada team cemerlang kami.

      Kami akan memberikan bimbingan A-z bagaimana anda boleh menjadi ahli Shaklee yang berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka dengan memulakan biz online anda. Kita mempunyai kumpulan sokongan dan mentor yang sangat berjaya. Group kami telah menghasilkan lebih 10 Master Coordinator. Anda boleh mulakan bisnes online anda dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan kami.

       Setelah setahun fokus dalam biz Kesihatan Shaklee ini saya telah pun konsisten mendapat pendapatan konsisten 4 angka sebulan, dan saya menjalankannya 100% hanya dari rumah.Kini dalam misi mencapai pendapatan 5 angka. Saya juga menjalankan mentoring untuk mereka yang berminat nak mendalami biz Shaklee secara serius dan menjalankannya secara online 100%, tanpa perlu ke meeting larut malam atau perjumpaan-perjumpaan yang kerap. Anda akan diajar, bagaimana mahu membina perniagaan online anda yang anda boleh lakukan di rumah ataupun dari meja ofis anda.

Saya dan Anis, di National Conference Shaklee 2013


Award yang saya terima di National Conference Shaklee
Alhamdulillah, ianya satu pencapaian yang baik untuk tahun ini. Misi saya adalah untuk  membimbing lebih ramai  wanita yang berminat untuk menjalankan bisnes ini secara serius.

Jom daftar ahli Shaklee.

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan id saya  866293 Khairani Bahaudin sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ahli Shaklee ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point sebagai ahli Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. 

Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.


Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 866293. Anda akan diberikan bimbingan dari A-Z bagaimana mahu berjaya dengan biz ini. 

Apa kelebihan daftar sebagai ahli Shaklee?

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.Shaklee menawarkan 3C,[ Cash, Car dan Convention.]The sky is the limit, mari sertai kami untuk pendapatan 3/4/5 angka sebulan! 

Dengan menjadi ahli di bawah REDCOMELMALL.COM (menggunakan ID saya 866293 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Sekiranya anda berminat untuk daftar sebagai ahli, boleh terus hubungi saya di FB Khairani Bahaudin, direct pm/live chat www.facebook.com/messages/Redcomel  atau call/sms 019 6154956 untuk maklumat lanjut.

   


Assalammualaikum..

Ibu yang sedang hamil pasti mahukan yang terbaik untuk anak pastinya bukan? Saya yang sedang hamil 5 bulan sangat menitik beratkan makanan yang saya ambil sepanjang kehamilan saya. Kegemaran saya salmon, buah-buahan, susu, sayur- sayuran. Saya juga mengambil supplemen tambahan seperti nasihat doktor saya iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C, Omegaguard dan ESP. Alhamdulillah, kesihatan saya sangat baik sepanjang kehamilan ini.

Mengapakah saya ambil ESP? Kerana Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar? Kulit cerah dan berseri untuk mama dan bayi.

Dan pengambilan Omegaguard pula sangat baik untuk minda. Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tauhu juga baik bagi wanita-wamita hamil. Boleh amalkan pengambilan supplemen minyak ikan dan pastikan ianya daripada sumber yang terbaik seperti Omegaguard Shaklee.

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini. Jika ada yang mahu meminta konsultasi supplemen yang mana sesuai dengan diri dan keluarga boleh hubungi saya ya. Terima kasih.


Khairani Bahaudin
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com







    Ada diantara ahli keluarga yang mengidap penyakit Gout?  Gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik. 
Berikut adalah makanan-makanan yang boleh meredakan kesakitan gout.

Nanas:
Terdapat satu enzim bromelain yang bernama yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti-radang itu ia boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang akan membantu untuk melegakan kesakitan yang disebabkan daripada gejala gout.

Halia:
Mana-mana keradangan yang merupakan terhasil drpd asid urik boleh dikurangkan dengan sebatian yang terdapat di dalam halia.

Kunyit:
Telah diketahui bahawa ia adalah salah satu herba India yang terkenal dengan ciri-ciri anti-radang yang oleh itu ia adalah dicadangkan untuk membuat ini sebahagian daripada diet harian pesakit gout.

Jus ceri:
Masalah Gout boleh diselesaikan dengan mengambil banyak buah-buahan segar,  termasuk ceri yang dikenali untuk mengurangkan asid urik yang terus mengurangkan  gout daripada menyerang sendi.

Pisang:
Buah ini diketahui mempunyai kandungan gula yang rendah dan tahap kalium yang lebih tinggi menjadi alkali sekali gus menjadikannya salah satu makanan terbaik untuk mencegah gout.

Produk susu rendah lemak:
Penggunaan  produk tenusu rendah lemak seperti susu dan yogurt  diketahui  untuk mengurangkan risiko yang menyebabkan masalah gout  di kalangan lelaki. Oleh itu adalah dicadangkan oleh pakar-pakar bahawa hampir 16 hingga 24 oz cecair perlu mencukupi untuk mereka yang ingin mengatasi  masalah gout mereka.

Pegaga
Ia mempunyai jumlah yang cukup vitamin dan mineral yang didapati berguna untuk buah pinggang dengan mengeluarkan jumlah tambahan asid urik dari badan.

Alfalfa 
Ialah sejenis herba yang kaya dengan mineral dan zat. Ia telah lama di gunakan di negara Cina dan arab sebagai penawar kepada banyak penyakit..Pengambilan Alfalfa dalam diet untuk mengurangkan tahap asid urik dalam darah.Ia juga bertindak sebagai agen anti bengkak.Bagaimana ia bertindak? Ia bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik dalam air kencing supaya ia dapat dikumuhkan sebagai bahan buangan. Apabila asid urik dalam darah berkurangan, ia tidak akan berubah menjadi kristal yang berkumpul di bahagian-bahagian sendi yang menyebabkan sendi membengkak dan meyebabkan kesakitan.




Sungguhpun kita makan makanan yang lengkap piramid makanannya, lengkap nutrisi, tetapi tanpa kita sedari gaya hidup kita, keadaan yang menjadi pemusnah kepada nutrisi yang kita ambil setiap hari. Ini menjadikan kita selalu sakit, mudah di serang selsema, stress dan tidak bertenaga.

Disenaraikan di sini adalah pemusnah nutrien:

Aspirin - memusnahkan vitamin A, kalsium, kalium, B kompleks dan C.

Kafein - memusnahkan vitamin B1, inositol dan Biotin, potassium dan zink dan menghalang kalsium dan asimilasi besi.

Klorin dalam air - memusnahkan vitamin E.

Chocolate - mengandungi kafein dan ia sangat tidak baik kepada buah pinggang. Tinggi lemak, yang boleh menyebabkan senak.

Fluorida - memusnahkan vitamin C

Pil tidur - memusnahkan asid folik dan vitamin D.

Haid - memerlukan zat besi tambahan, vitamin B12, kalsium dan magnesium.

Nitrat / Nitrit - Memusnahkan vitamin A, C dan E

Tekanan - fizikal, emosi dan mental menjadikan semua vitamin berkurangan.

Gula dan tepung putih - memusnahkan vitamin B.


Sebaik- baiknya kita jauhi perkara-perkara yang memusnahkan nutrisi ini. Andainya ianya tidak dapat dielakkan seperti kedatangan haid, pastikan kita mengambil supplemen tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi kita.