Alfalfa

Assalammualaikum dan Hi semua..

Alfalfa
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Alfalfa  dikenali sebagai "Bapa Segala Makanan". Khasiat semula jadi Alfalfa diperolehi daripada kekacang alfalfa asli yang ditanam menggunakan hanya kaedah pertanian organik.Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria. Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin. Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, menyah amonia, menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.

Ia juga mengandungi 1.4% lysin dan 1% arginine yang fungsinya untuk, menguatkan imuniti badan, melawan penyakit kanser dengan menghalang pertumbuhan tumor, membina otot dan membakar lemak dengan merangsang glan pituari untuk meningkatkat pengeluaran hormon, menolong menyembuhkan kecederaan luka, meningkatkan kandungan sperma dan menyuci hati dan membuang racun dalam badan kita.

Alfalfa mempunyai  nilai kesihatan dan khasiatnya yang tinggi.Antara khasiat-khasiatnya adalah untuk merawat:

1. Kencing Manis
2. Darah Tinggi
3. Jantung
4. Sembelit
5. Cuci usus dan membuang toksid dalam badan
6. Badan lemah
7. Tingkat stamina lelaki
8. Bengkak
9. Sakit sendi
10.Arthritis
11.Ulser
12.Penyakit perut
13. Masalah kolon
14. Sakit ulu hati
15. Hernia
16. Sembab air
17. Tiada selera makan
18. Bengkak buku lali dan kaki
19. Sinus
20. Alahan
21. Hayfever
22. Gout


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.


PERHATIAN!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Saya menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery.Isikan borang pesanan di ikon ORDER NOW atau sms kan kepada saya 0196154956. Email saya di admin@redcomelmall.com untuk sebarang pertanyaan  dan best price. TQ ^^

0 comments:

Post a Comment