Rahsia Awet Muda dan Panjang Umur

Awet muda merupakan dambaan semua insan, macam- macam ikhtiar boleh diuasahakan untuk mencapai matlamat awet muda. Namun harus diingat ajal terletak di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Suku bangsa Hunza yang mendiami di daerah pegunungan Himalaya sebelah barat laut Kashmir, di selatan Pakistan dan barat daya Afganistan, tercatat sebagai suku bangsa yang terpanjang usianya di dunia. Orang Hunza ini dapat hidup antara 120 – 140 tahun, dan mereka bukanlah suku bangsa yang hidupnya moden penuh dengan kemewahan duniawi. Anehnya dalam kamus bahasanya tidak terdapat kata “ perang”. Kehidupannya senantiasa aman, rukun damai, serba semuanya serba semulajadi dan tidak mengenal makanan dan ubat ubatan kimia. Sebenarnya hingga sekarang belum diketemukan ubat mujarab yang dapat menjadikan orang awet muda dan panjang usia. Namun demikian, elok kita berusaha supaya kesihatan yang jitu diperolehi agar kehidupan kita dapat dimanfaatkan untuk membuat banyak kebaikan.

Sesunggguhnya awet muda dan panjang usia itu adalah terletak pada ikhtiar manusia itu sendiri, yang pandai merawat jasmani dan rohani. Merawat jasmani dan rohani haruslah seimbang, dan diwujudkan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Jasmani, harus sihat, bebas dari gangguan penyakit.

Rohani, harus sihat, bebas dari hal-hal yang negatif.

Alam juga memainkan peranan, iaitu udara yang dihirup setiap hari segar dan bebas pencemaran, serta jauh dari hiruk-pikuk pekan yang menekan. Andai menjalani kerja yang penuh stress, harus ditangani dengan baik.

Dari beberapa orang yang awet muda dan panjang usianya yang pernah di temui di beberapa desa kecil,ternyata mereka mempunyai banyak kesamaan dalam kehidupan sehari-hari. Dengan demikian dapatlah disimpulakan, bahawa rahsia awet muda dan panjang usia adalah sebagai berikut:

Bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Pencipta

Bangun pagi sebelum terbit matahari. Keluar dari rumah untuk menghirup udara yang segar.

Setelah bangun pagi meneguk air masak putih.

Mandi dengan air yang bersih, tiga kali dalam sehari.

Makan jangan terlalu kenyang, dan teratur waktunya.

Banyak makan sayuransegar, dan buah-buahan.

Jangan minum-minuman keras.

Jangan merokok.

Selalu dalam suasana ceria.

Hilangkan rasa dengki, iri,tamak dan sombong.

Selalu menolong orang.

Selalu menikmati keindahan alam.

Banyak bersenam.

Tidur yang teratur.

Bersifat ramah, sabar, rendah diri dan jujur.

Insya Allah anda akan awet muda dan panjang usia.

0 comments:

Post a Comment