Kenapa Supplemen Tak Beri Kesan Pada Saya?

Assalammualaikum dan Hi.

 Sememangnya bila kita ambil supplemen, kita harapkan hasil yang cepat. Tapi harus kita ingat, kunci utama adalah sabar, disiplin dan tak leh ngelat bila makan supplemen..sebabnya harus konsisten dengan apa sahaja yang kita ambil dan makan supaya kesannya dapat dirasai . Saya mahu kongsi beberapa situasi buat mereka yang baru mencuba mengambil supplemen vitamin. [credit]


"Saya dah makan vitamin nie seminggu, tapi susu biasa-biasa jer. Bila nak nampak hasil nie?"

"Saya dapati lepas ambil vitamin susu saya kuning pekat, tapi kuantiti lebih kurang dari sebelumnya. Bila saya stop vitamin 2-3 hari, esoknya tengok susu banyak semula. Saya tak serasi dengan vitamin Shaklee ya?"

"Lepas makan vitamin nie mata saya ngantuk jerrr. Kadang-kadang pening kepala. Memang camtu ehh?"

Memang ada beberapa kes di mana si ibu dapati supplements seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penyusuan, walaupun, dalam masa yang sama mereka akui badan lebih rasa bertenaga dan mood lebih ceria.

Jom kita kaji satu persatu mengapakah keadaan ini berlaku...

KES SATU:
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air. Keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement.

Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.

KES KEDUA :
Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?
Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air. Namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh di sarankan ialah, selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari. Ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, jawapannya ialah pada waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur. Namun, perlu sentiasa pastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum tidur. Amalan ini hendaklah diteruskan walaupun sudah tidak menyusu lagi.

KES KETIGA
Tiada perubahan langsung!

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?

Ada satu kes ydi mana si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin (sebenarnya ada, tapi tak dapat diukur dari mata kasar, yakni bukan dari segi peningkatan kuantiti susu!). Setelah ditanya dan diselidiki, rupa-rupanya si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

Jadi saya harap info ini dapat membantu..Sama-sama kita dapat manfaat. :)

0 comments:

Post a Comment